the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 22, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua warga Singapura ditahan bergaduh di balai polis Larkin

Dua lelaki warga Singapura ditahan selepas bergaduh di kaunter aduan Balai Polis Larkin, Johor Bahru, berpunca daripada insiden di pusat beli-belah

JOHOR BAHRU: Dua lelaki warga Singapura ditahan selepas terlibat dalam pergaduhan di dalam kawasan Balai Polis Larkin, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Ketua Polis Daerah JBS ACP Raub Selamat berkata kejadian berlaku pada 6.15 petang semalam ketika suspek berusia 56 dan 46 tahun berada di kaunter aduan.

Mereka dibawa ke balai berkenaan selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah pusat beli-belah pada hari sama.

“Namun, semasa seorang daripada suspek membuat laporan polis, seorang lagi suspek telah datang ke kaunter aduan dan berlaku serangan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pergelutan,” katanya.

Pergelutan tersebut berjaya dileraikan oleh anggota polis yang bertugas.

Kedua-dua suspek mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah sebelum diberkas.

Pergaduhan pertama antara mereka berlaku sekitar 5.20 petang di aras satu pusat beli-belah tersebut.

Ia didakwa berpunca daripada ketidakpuasan hati apabila ditegur oleh isteri seorang daripada suspek.

“Wanita tersebut didakwa terkena air minuman bir yang tertumpah selepas salah seorang suspek hampir melanggarnya,” kata Raub.

Pertikaian tersebut mencetuskan pergaduhan sehingga memerlukan campur tangan pihak polis yang sedang menjalankan tugas rondaan.

Kedua-dua suspek yang negatif daripada pengaruh dadah direman dua hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan menyelesaikan sebarang pertikaian melalui saluran yang betul.

Related

spot_img

Latest

AGC defends DNAA decision for Ahmad Zahid as judicial review filed

The Attorney General's Chambers states its decision to seek a discharge not amounting to acquittal for Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi was lawful and based on the need for further investigation.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories