the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 2, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Ejen hartanah rugi RM759,950 diperdaya sindiket judi dalam talian

Seorang ejen hartanah wanita kerugian RM759,950 selepas terpedaya dengan pelaburan judi dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan.

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan seorang ejen hartanah kerugian RM759,950 selepas terperdaya sindiket pelaburan judi dalam talian.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata wanita berusia 64 tahun itu mula dihubungi melalui WhatsApp oleh seorang lelaki yang bertanyakan tentang pembantu rumah pada pertengahan Oktober lepas.

Lelaki itu kemudian sering menghubunginya dan menceritakan tentang pelaburan judi dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan.

“Mangsa mula tertarik dan telah melabur buat kali pertama sehingga mendapat keuntungan RM3,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Bermula 26 November hingga 8 Disember lepas, mangsa membuat 20 transaksi wang ke lapan akaun bank milik syarikat berbeza.

Jumlah keseluruhan wang yang dilaburkan mencecah RM759,950.

Wanita warga emas itu hanya menyedari telah diperdaya apabila tidak menerima keuntungan yang dijanjikan.

Malah, dia diarah untuk membuat pembayaran tambahan bagi tujuan pengeluaran keuntungan.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

CUKTECH Launches Its First Desktop Super Fast Charging Station in Vietnam

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 2 January 2026 - CUKTECH, a technology brand dedicated to charging innovation, has officially launched its first desktop charging product in Vietnam — the CUKTECH 30 Ultra Charging Station.
spot_img

Popular Categories