the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Empat individu ditahan bantu siasatan pergaduhan keluarga di Klang

Polis tahan tiga lelaki dan seorang wanita bantu siasatan kes pergaduhan keluarga membabitkan pempengaruh di Teluk Pulai, Klang

SHAH ALAM: Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes pergaduhan antara keluarga yang dipercayai membabitkan seorang pempengaruh semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Kamalariffin Aman Shah berkata kesemua suspek yang berusia antara 22 hingga 59 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 33 tahun pada hari sama.

Beliau berkata dalam laporan itu, lelaki terbabit menyatakan berlaku perselisihan faham dan pergaduhan antara dia dan keluarga isterinya di satu kawasan perumahan di Teluk Pulai, Klang pada 2.40 petang.

Rentetan laporan itu, polis menahan empat individu berkenaan dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324/427 Kanun Keseksaan.

Kamalariffin meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menerusi talian 03-33762 222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan seorang pempengaruh dan usahawan telah membuat laporan di Balai Polis Klang berhubung dakwaan diserang dan dipukul hingga cedera di tangan dan wajah oleh empat individu dikenalinya di hadapan rumah kakaknya di Teluk Pulai. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Uni-Bio Science Joins Forces with WMU NERC and Ouhai District Government to Build Growth Factor Innovation Ecosystem and Accelerate Regenerative Medicine Strategy Layout

HONG KONG SAR - EQS Newswire - 30 December 2025 - Uni-Bio Science Group Limited ("Uni-Bio Science Group", "Uni-Bio" or "the Group") is pleased to announce the official signing of a tripartite strategic cooperation agreement in Wenzhou, Zhejiang, with the National Engineering Research Center for Cell Growth Factor Drugs and Protein Formulations of Wenzhou Medical University ("WMU NERC") and the People's Government of Ouhai District, Wenzhou.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories