the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Fahmi sokong rombakan kabinet, sebut kesesuaian portfolio dan pengalaman

Fahmi Fadzil berkata rombakan kabinet tepat berdasarkan pengalaman dan kesesuaian, seperti Hannah Yeoh di Wilayah Persekutuan dan Dr Taufiq di Belia dan Sukan.

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri sebagai langkah tepat berdasarkan pengalaman dan kesesuaian individu.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata perkara itu dapat dilihat menerusi pertukaran portfolio Hannah Yeoh kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

“Saya mempunyai banyak pengalaman peribadi bersama Yang Berhormat Hannah Yeoh dalam memperjuangkan beberapa perkara untuk rakyat, pengundi dan penduduk di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata pelantikan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan juga adalah bersesuaian.

“Saya lihat portfolio Belia dan Sukan itu sangat cocok. Beliau sangat aktif dan mempunyai banyak idea,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan biasiswa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Fahmi merakamkan penghargaan kepada semua menteri dan timbalan menteri yang telah berkhidmat sebelum rombakan Kabinet.

“Saya mendoakan agar mereka dapat terus berkhidmat dalam apa jua kapasiti,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat pertama Jemaah Menteri selepas rombakan Kabinet itu dijangka berlangsung esok.

Sidang media pasca Kabinet pula dijangka diadakan pada 2.30 petang, Khamis ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

BBSB International Limited announces its subscription results Recorded approximately 10,745 times of over-subscription for its Public Offer

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - BBSB International Limited ("BBSB" or the "Company", together with its subsidiaries, the "Group", stock code: 8610.HK), an established civil engineering contractor in Malaysia, is pleased to announce the subscription results for its shares under the Public Offer and Placing.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories