the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi tegaskan had umur 16 tahun untuk media sosial perlu dilaksanakan

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ulangi keperluan had umur 16 tahun untuk media sosial bagi lindungi kanak-kanak daripada risiko eksploitasi dalam talian

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil sekali lagi menekankan keperluan pelaksanaan had umur 16 tahun untuk penggunaan media sosial bagi melindungi golongan kanak-kanak dan remaja daripada risiko dieksploitasi atau didedahkan dengan perkara yang tidak patut dalam talian.

Berkongsi insiden seorang murid seawal usia 10 tahun meminta gambar tidak senonoh daripada gurunya menerusi WhatsApp, Fahmi berkata hal itu adalah antara contoh jelas yang menunjukkan keperluan sekatan media sosial bagi golongan muda. 

Beliau berkata kejadian itu dimaklumkan sendiri oleh seorang guru dari Kuala Lumpur yang mengadu bahawa murid tahun empatnya telah menghantar mesej menerusi aplikasi pemesejan itu.  

“Kita berharap isu seperti ini dapat diatasi dengan sekatan terhadap platform media sosial dan sistem pemesejan seperti WhatsApp. Kita bukan nak halang semua aplikasi, tetapi pada waktu ini kita lihat adalah media sosial. 

“Saya percaya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia maklum tentang perkara-perkara seperti itu (insiden murid minta gambar guru),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival Mega Kempen Internet Selamat 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen IOI City Mall, di sini hari ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Huawei Announces Wi-Fi 7 Patent Licensing Rates, Reaffirms Commitment to Transparent and Reasonable Licensing

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Huawei today announced that its patent licensing royalty rate for Wi‑Fi 7 technologies would be set at US$0.5 per unit for Wi Fi 7 compliant devices.

Thailand Secures $4.1 Billion in EV Chain Investments as Southeast Asia Auto Hub Pivots...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Thailand has secured over $4.1 billion (approx. 137 billion baht) in investment pledges across its electric vehicle (EV) supply chain, solidifying its position as Southeast Asia's primary automotive manufacturing hub as global carmakers realign their production networks toward clean energy.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings