the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 21, 2026
25.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Fahmi tekankan pemerkasaan infrastruktur digital dan industri kreatif pada 2026

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menekankan pemerkasaan infrastruktur digital, industri kreatif, dan komunikasi kerajaan sebagai fokus utama kementeriannya pada tahun ini.

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi memberi tumpuan kepada pemerkasaan infrastruktur digital, industri kreatif, dan komunikasi kerajaan pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil, berkata pemerkasaan infrastruktur digital melibatkan perancangan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2.

Ini termasuk penyelesaian Titik Kehadiran (PoP) Fasa 2 di kawasan tertentu serta pemasangan WiFi di sekolah, universiti, dan institusi pengajian tinggi.

“Perkara-perkara seperti perancangan kabel dasar laut perlu ada satu dasar,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Amanat 2026.

Beliau meminta Bahagian Dasar dan Antarabangsa kementerian meneliti perkara tersebut.

Fahmi turut menekankan kepentingan industri kreatif yang menyumbang tujuh peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Beliau meminta FINAS dan MyCreative Ventures meneliti usaha memperkasakan industri tersebut.

“Kita jangkakan eksport terbaru filem Monsta iaitu Papa Zola telah ditayangkan di sejumlah bioskop di Indonesia,” katanya.

Beliau menegaskan industri kreatif termasuk animasi wajib disokong dan diusahakan dengan mencari dana daripada sektor swasta.

Bagi pemerkasaan komunikasi kerajaan, Fahmi menekankan keperluan penyaluran maklumat yang mudah difahami.

“Sejurus selepas pengumuman dasar baharu dibuat, perlu diingatkan untuk mempunyai grafik yang mudah difahami,” katanya.

Beliau menambah Soalan Lazim (FAQ) juga perlu disediakan untuk audiens.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Dua maut, dua cedera parah dalam kemalangan berangkai di Lebuhraya Persekutuan

Dua maut dan dua cedera parah dalam kemalangan berangkai membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Persekutuan dekat Shah Alam, dengan polis menasihati mangsa kemalangan cari tempat selamat.
spot_img

Popular Categories