the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 22, 2026
20.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Guru mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap dua murid lelaki

Seorang guru warga Indonesia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan amang seksual fizikal terhadap dua murid lelaki di sebuah sekolah rendah agama.

KUALA LUMPUR: Seorang guru mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid lelaki.

Tertuduh berusia 40 tahun itu merupakan seorang warga Indonesia.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah rendah agama di Wangsa Maju di sini antara April 2024 dan November 2025.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 16(1) akta sama.

Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Seksyen 16(1) pula memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun dan minimum dua sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Pervinah Mohamad Yusof tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh.

Beliau memaklumkan semakan Imigresen mendapati maklumat pasport tidak sama dengan tertuduh.

Turut dinyatakan terdapat risiko untuk tertuduh melarikan diri.

Pihak pendakwaan memohon tarikh lain untuk memaklumkan fakta kes serta hukuman.

Hakim Noridah Adam tidak membenarkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin.

Hakim menetapkan 5 dan 21 Januari depan untuk pembacaan fakta kes serta hukuman. 

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

2026 Functional Food & Wellness Summit successfully concludes

The 2026 Functional Food & Wellness Summit wrapped up in Bangkok after two days of discussions, industry insights, and awards recognising innovation across the global functional food and wellness industry.
spot_img

Popular Categories