the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Hajiji angkat sumpah KM Sabah, ucap terima kasih kepada rakyat

Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-17, berikrar teruskan agenda SMJ dan ajak semua pihak bekerjasama

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 sebagai kemenangan rakyat.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah atas mandat baharu diberikan untuk terus menerajui kepimpinan pentadbiran negeri.

“Kemenangan ini milik setiap daripada anda yang percaya kepada visi kita, menyokong usaha kita dan berkongsi impian kita untuk masa depan Sabah lebih cerah,” katanya dalam kenyataan selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-17 di Istana Seri Kinabalu.

Hajiji berkata sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi menjadi pemangkin kepada kemenangan GRS dalam pilihan raya negeri tersebut.

Beliau mengajak seluruh rakyat Sabah bersama-sama meraikan kemenangan sebagai permulaan bab baharu pembangunan negeri.

GRS kekal teguh meneruskan kesinambungan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang menumpukan empat tonggak utama.

Tonggak tersebut ialah Sabah Diutamakan, Sabah Maju, Sabah Sejahtera dan Sabah Bersatu.

Hajiji berikrar gabungan parti tempatan Sabah itu akan bekerja tanpa henti memperjuangkan harapan semua rakyat.

Beliau juga mengajak semua pihak lawan merapatkan saf dan bekerjasama demi kebaikan Sabah secara keseluruhan.

“Marilah kita membina kepercayaan dan beriltizam untuk bekerja secara kolaboratif, demi berkhidmat kepada rakyat dengan berkesan,” katanya.

Hajiji yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman buat penggal kesembilan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman.

Istiadat berlangsung di Istana Seri Kinabalu kira-kira 3.05 pagi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories