the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hajiji tinjau mangsa banjir dan tanah runtuh di pusat pemindahan sementara

PENAMPANG: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor turun padang meninjau keadaan mangsa banjir dan tanah runtuh yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Penampang dan Putatan.

Beliau memulakan tinjauan di PPS Kampung Sarapung pada pukul 5.30 petang sebelum meneruskan lawatan ke Putatan meskipun hujan lebat masih turun.

Hajiji mahu melihat sendiri keadaan mangsa bagi menzahirkan keprihatinan terhadap nasib mereka sambil menyerahkan bantuan daripada kerajaan.

Di PPS Kampung Sarapung, beliau diberi taklimat oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Penampang Normi Dyena John Tren sebelum mengagihkan bantuan kepada 40 ketua isi rumah.

Bantuan wang tunai dan bakul makanan itu disalurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah bagi meringankan beban mangsa yang terjejas.

“Kerajaan negeri melalui JPBN sentiasa bersiap siaga dalam memberikan bantuan segera kepada rakyat yang berhadapan musibah, terutama ketika musim hujan berterusan.”

“Kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal kebajikan rakyat dan setiap mangsa bencana akan dibantu sewajarnya supaya mereka tidak berasa terpinggir.”

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada agensi kerajaan, pasukan keselamatan serta sukarelawan yang bertungkus-lumus menguruskan PPS.

Beliau menekankan kerjasama erat semua pihak amat penting dalam memastikan keselamatan, keselesaan serta kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Hajiji berkata beliau bersama JPBN yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong mahu melihat secara dekat situasi banjir di beberapa lokasi terjejas.

“Saya dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri meninjau secara fizikal di lapangan untuk mengetahui keadaan yang berlaku supaya kami mengetahui banjir, tanah runtuh dan sebagainya.”

“Kerajaan akan bagi bantuan satu dua hari ini dan semua mangsa banjir dan tanah runtuh kami akan bagi bantuan kerajaan negeri dan Persekutuan.”

Beliau mengingatkan semua wakil rakyat dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah supaya memantau dengan rapat situasi bencana di kawasan masing-masing.

Hajiji menyifatkan bencana yang melanda beberapa daerah di Sabah kali ini agak teruk berikutan banjir dan tanah runtuh yang menjejaskan banyak penduduk.

“Bukan saja banjir, malah berlaku tanah runtuh dengan bekalan elektrik dan air juga terputus, agak teruk kali ini.”

“Sebab itu kami batal sambutan Hari Malaysia esok kerana kami lebih prihatin untuk bantu mangsa yang terlibat di beberapa daerah yang dilanda bencana ini.”

Beliau turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang menyediakan RM10 juta bantuan bencana kepada Sabah.

Bantuan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tambahan kepada peruntukan RM11 juta yang disediakan kerajaan negeri. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

SIM Highlights the Importance of Strong Personal Statements in University Applications

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - In today's competitive education landscape, students are increasingly expected to do more than simply meet academic admission requirements.

Deluxe Systems Crowned “Best Showroom in Singapore” at Tatler Awards: A New Era of...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire – 22 June 2026 - Rewriting the rules of luxury retail in Southeast Asia, Deluxe Systems has triumphed at the prestigious Tatler Homes Design Awards 2026, winning the highly coveted title of "Best Showroom in Singapore" just six months after its official opening.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings