the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hampir 10 kampung di Chenulang, Kuala Krai mula dinaiki air

KUALA KRAI: Hampir 10 kampung di Chenulang di sini, mula dinaiki air awal pagi tadi berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Penduduk, Mohd Riduan Jusoh, 39, berkata air mula naik di sekitar rumahnya kira-kira 1 pagi sehingga paras paha menyebabkan dia terpaksa menggunakan perahu untuk melakukan rutin harian.

“Saya sekeluarga baru sahaja pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang minggu lepas dan bersihkan sekitar rumah.

“Sekarang saya kena berjaga-jaga sekiranya air naik lagi tinggi, saya tidak teragak-agak untuk pindah ke PPS semula kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga,“ katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, penduduk dari Kampung Enggong, Jemellah Mamud, 64, berkata rumahnya telah dinaiki air sebanyak empat kali tahun ini kerana terletak di kawasan rendah, justeru semua barangan perabot dan peralatan elektrik diletakkan di tempat yang tinggi.

“Pukul 2 pagi tadi air dah mula masuk ke dalam rumah dan setiap kali musim hujan berlaku, saya tidak boleh tidur nyenyak kerana tahun ini sahaja sudah empat kali rumah saya dinaiki air,“ katanya.

Tinjauan Bernama di kawasan sekitar kampung berkenaan hari ini juga mendapati beberapa penduduk telah mula mengalihkan kenderaan ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan (tahap bahaya) di seluruh Terengganu dan Kelantan serta beberapa lokasi di Pahang hingga esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings