the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
28.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Hannah Yeoh serah tugas Menteri Belia dan Sukan kepada Dr Mohammed Taufiq

Hannah Yeoh serahkan tugas Menteri Belia dan Sukan kepada Dr Mohammed Taufiq Johari di Bangkok, susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.

BANGKOK: Hannah Yeoh telah menyerahkan tugas secara rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan baharu, Dr Mohammed Taufiq Johari, di sini hari ini.

Penyerahan tugas itu adalah susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI pada Selasa lepas.

Majlis itu diadakan bersempena temasya Sukan SEA Thailand 2025 dan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Nagulendran Kangayatkarasu.

Turut hadir ialah pengurusan tertinggi kementerian, Presiden Majlis Olimpik Malaysia serta wakil kontinjen Malaysia.

Hannah kini bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Dr Mohammed Taufiq pula merupakan muka baharu yang dilantik sebagai menteri.

Menerusi kenyataan KBS, Hannah merakamkan penghargaan kepada warga kementerian dan agensi di bawah KBS.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan atas kerjasama dan sokongan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Hannah turut menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan baharu kementerian untuk meneruskan agenda pembangunan belia dan sukan negara.

Sementara itu, Dr Mohammed Taufiq menzahirkan komitmen untuk meneruskan kesinambungan dasar dan program kementerian.

Penekanan akan diberikan terhadap kebajikan atlet dan sokongan kepada kontinjen Malaysia di Sukan SEA.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Christmasland in New Taipei City Unveils Revamped Main Lantern

NEW TAIPEI CITY, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 19 December 2025 - The 2025 Christmasland in New Taipei City, Taiwan, continues to captivate visitors from near and far, with its one-of-a-kind Dream Circus Main Lantern drawing the attention of over five million attendees so far.
spot_img

Popular Categories