Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi kekal pada RM3.16 dan RM2.56 seliter sehingga 7 Januari 2026, manakala diesel kekal pada RM2.94 di Semenanjung.
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara kekal tidak berubah bagi tempoh 1 hingga 7 Januari 2026.
Menurut Kementerian Kewangan, harga RON97 kekal pada RM3.16 seliter manakala RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.56 seliter.
Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pula kekal pada paras RM1.99 seliter.
Bagi diesel, harga di Semenanjung Malaysia kekal pada RM2.94 seliter.
Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada kadar RM2.15 seliter untuk tempoh yang sama.
Penetapan harga mingguan ini dibuat berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan akan terus memantau trend harga minyak dunia.
Langkah bersesuaian akan diambil bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.








