the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Ibu bapa kanak-kanak dikelar ditahan bantu siasatan di Batu Pahat

BATU PAHAT: Polis menahan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera dikelar dengan pisau di kediamannya di Parit Raja semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata pasangan suami isteri berusia 41 tahun yang berniaga sendiri itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat kira-kira 4 petang hari ini.

Beliau menyatakan polis turut membuka kertas siasatan baharu di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian kanak-kanak.

Menurut laporan, wanita berkenaan menyedari anaknya mengalami kesan kelar di leher sebaik sahaja dia tersedar daripada tidur pada 5.30 pagi di rumah mereka.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata tajam.

Shahrulanuar Mushaddat berkata kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.

Mangsa sudah boleh bercakap namun pihak polis belum merekodkan keterangan memandangkan kanak-kanak itu belum pulih sepenuhnya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Uni-Bio Science Joins Forces with WMU NERC and Ouhai District Government to Build Growth Factor Innovation Ecosystem and Accelerate Regenerative Medicine Strategy Layout

HONG KONG SAR - EQS Newswire - 30 December 2025 - Uni-Bio Science Group Limited ("Uni-Bio Science Group", "Uni-Bio" or "the Group") is pleased to announce the official signing of a tripartite strategic cooperation agreement in Wenzhou, Zhejiang, with the National Engineering Research Center for Cell Growth Factor Drugs and Protein Formulations of Wenzhou Medical University ("WMU NERC") and the People's Government of Ouhai District, Wenzhou.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories