the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu pimpin anak OKU mental redah banjir di Tumpat

Ibu 69 tahun pimpin anak OKU mental redah banjir 0.5 meter di Tumpat, antara 1,184 mangsa dipindah ke pusat pemindahan

TUMPAT: Seorang ibu berusia 69 tahun terpaksa meredah banjir sedalam setengah meter sambil memimpin tangan anak lelakinya yang menghidap masalah mental dan cacat kaki untuk menyelamatkan diri.

Mek Kembang Ya berkata dia bersama anaknya Mohd Nazu Mohd Noor, 54, berpindah ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Seri Tumpat 2 kira-kira 9 malam semalam.

“Saya terpaksa memimpin tangan anak saya kerana dia tidak boleh berjalan sempurna akibat cacat kaki dan masalah mental,” katanya kepada pemberita di PPS hari ini.

Dia antara 392 mangsa yang berlindung di PPS tersebut daripada jumlah keseluruhan 1,184 mangsa banjir di daerah Tumpat.

Mek Kembang bimbang situasi banjir memburuk seperti tahun lepas yang menyebabkan banyak bahagian rumahnya rosak teruk.

“Setiap tahun rumah kami dinaiki air, tetapi banjir tahun lepas sangat teruk hingga banyak bahagian rumah rosak,” ujarnya.

Dia sudah terbiasa menguruskan anaknya sepanjang berada di PPS kerana setiap tahun terpaksa berpindah akibat banjir.

Seorang lagi mangsa Siti Zaharah Yosuff, 68, berkata dia bersama tiga ahli keluarga meredah kawasan bendang padi sebelum mendaftar di PPS.

“Rumah saya di kawasan bendang padi dinaiki air setinggi 0.5 meter dan saya risau haiwan berbisa seperti lintah dan ular masuk ke rumah,” katanya.

Menurutnya, banjir tahun lepas memusnahkan rumahnya dengan paras air hingga satu meter dan trauma masih terasa.

Tinjauan Bernama mendapati limpahan air sungai dan hujan berterusan menyebabkan beberapa laluan utama di Tumpat mula dinaiki air.

Kawasan terjejas termasuk Kampung Bendang Pak Yong, Kampung Baru Nelayan, Kampung Telaga Bata dan Jalan Tumpat-Pengkalan Kubor.

Beberapa kenderaan ringan dilihat berpatah balik kerana bimbang enjin mati akibat paras air yang semakin meningkat.

Di kawasan penempatan, halaman rumah dan lorong kampung ditenggelami air sedalam 0.3 hingga 0.5 meter, memaksa penduduk memindahkan kereta ke kawasan lebih tinggi. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings