the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Individu tular cuba rampas kunci motosikal disahkan anggota polis

MERSING: Polis mengesahkan seorang individu yang cuba merampas kunci motosikal dinaiki dua lelaki dipercayai pelajar sekolah di lampu isyarat berhampiran Sekolah Kebangsaan Bandar Endau, di sini Jumaat lepas, merupakan anggota polis yang sedang bertugas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing DSP Mohd Hasrudi Mohd Zain berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika anggota ronda cegah jenayah dari Balai Polis Endau itu sedang menjalankan tugas.

“Anggota polis bermotosikal telah memberikan amaran dengan memperkenalkan diri sebagai polis dan cuba mencabut kunci motosikal terbabit kerana kenderaan itu mempunyai nombor pendaftaran serta ekzos yang diubah suai serta berbunyi bising, namun pelajar berkenaan menepis tangan anggota dan terus memecut laju.

“Tindakan anggota itu tertakluk kepada Seksyen 58 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 24(1)(b) Akta Polis 1967,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada masa sama, Mohd Hasrudi turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

Sebelum ini, video berdurasi 13 saat memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal yang memakai baju berwarna hitam cuba menarik kunci motosikal dinaiki dua pelajar sekolah tular, namun mereka sempat mengelak dan melarikan diri.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings