the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 16, 2026
29.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah – Raja Muda Perlis

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Raja Muda Perlis gesa institusi agama terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah dan berpaksikan nilai rahmah dalam menghadapi cabaran dunia hari ini.

KRABI: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (gambar) menggesa institusi agama terus mengangkat pendekatan sederhana, berhikmah dan berpaksikan nilai rahmah dalam menghadapi dunia hari ini yang begitu mencabar.

Sehubungan itu, baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah penganjuran program seperti Program Ziarah Mahabbah MAIPs ke Wilayah Andaman, Selatan Thailand wajar diteruskan dan diperkasakan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah program itu platform membina persefahaman, memupuk toleransi serta mengukuhkan imej Islam sebagai agama yang membawa kedamaian, kesejahteraan dan rahmat.

“Saya ingin tegaskan nilai dan semangat terhasil daripada Program Ziarah Mahabbah tidak seharusnya terhenti di sini sahaja. Ia perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan susulan yang berterusan, komunikasi yang konsisten dan kerjasama lebih tersusun.

“Mahabbah (kasih sayang) yang sejati ialah yang melahirkan manfaat, memperkukuh perpaduan dan memberi kesan positif terhadap masyarakat,” titah baginda semasa menyempurnakan penutupan program itu yang masuk edisi ke-11 tahun ini di Dewan Sekolah Adamee Suksa Vittaya di sini hari ini.

Wilayah Andaman merangkumi Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai rombongan ziarah itu di Krabi tahun ini yang berlangsung tiga hari bermula 23 Jan.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Program ziarah yang disertai ahli Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor antara lain memfokus kepada melestarikan kerjasama ATAM dengan kepakaran usahawan serta industri di Krabi.

Pada majlis penutup itu, Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis turut berkenan menyaksikan acara menandatangani Surat Niat (LoI) antara ATAM dengan tiga pemain industri di Krabi terdiri daripada pengusaha ladang ternakan kambing, spa dan kesihatan serta produk pelancongan komuniti termasuk batik dan kraf tangan.

LoI itu bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama strategik dari segi perkongsian berkaitan kepakaran dan latihan, pelancongan dan kebudayaan, keusahawanan selain tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam membangunkan asnaf di Perlis.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV Technologies Appoints Veteran Mining Executive John C. McConnell to Board of Directors and...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 15, 2026 - RZOLV Technologies Inc. (TSXV: RZL) (OTCQB: RZOLF) (FSE: S711) ("RZOLV" or the "Company") is pleased to announce the appointment of John C. McConnell to its Board of Directors, effective July 14th, 2026.

Founders Metals Provides Mid-Year Exploration Update Across Four Targets; Confirms New Antino Northeast Discovery...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - July 15, 2026 - Founders Metals Inc. (TSXV: FDR) (OTCQX: FDMIF) (FSE: 9DL0) ("Founders" or the "Company") announces surface exploration and drilling results from its fully funded 70,000-metre drill program at the Antino Gold Project ("Antino" or the "Project") in southeastern Suriname (Figure 1).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings