the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, October 10, 2026
28.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ismail Sabri bakal didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok mengikut Akta SPRM 2009 berkaitan pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ismail Sabri, 66, ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan anak guamnya akan hadir ke mahkamah esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes terhadap Ismail Sabri akan disebut di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Ahli Parlimen Bera itu akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 berhubung pengisytiharan harta.

Ismail Sabri sepatutnya didakwa di mahkamah pada 7 Ogos, namun prosiding ditangguhkan ke 27 Ogos selepas beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah kesihatan.

Suzana menangguhkan pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan ke tarikh berkenaan (27 Ogos) selepas Amer Hamzah memohon penangguhan berikutan Ismail Sabri mengalami kemungkinan degupan jantung tidak sekata (possible arrhythmia) dan dijadualkan menjalani prosedur pemasangan perentak jantung (pacemaker procedure).

Amer Hamzah berkata anak guamnya mengalami masalah jantung ketika rakaman percakapan dengan SPRM pada 6 Ogos lepas.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuatnya kepada SPRM.

SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai RM7 juta berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.

Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat dipercayai dijadikan “rumah selamat” hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img