the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara

KUALA LUMPUR: Istiadat ketenteraan penuh tradisi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebaik tiba di Dataran Istana Negara hari ini.

Sultan Ibrahim yang tiba di Istana Negara pada 10.40 pagi untuk menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sultan Ibrahim kemudian menerima Hormat Diraja daripada pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota yang diketuai Mej Nurul Fauzan Md Sabri di Dataran Istana Negara.

Serentak dengan itu, Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dengan 40 anggota yang dipimpin Lt Muhamad Fauzee Japar memainkan lagu Negaraku sebelum Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Pemerintah Tertinggi ATM berkenan memeriksa KKU berkenaan.

Selesai istiadat di Dataran Istana Negara, Sultan Ibrahim berangkat memasuki Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) bersempena dengan Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Akuan Sumpah Memegang Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings