the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 6, 2026
29.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu 3R: Polis serah kertas siasatan aktivis kepada AGC esok

KUALA LUMPUR: Polis akan menyerahkan kertas siasatan membabitkan seorang aktivis yang disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), esok, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

“Rakaman percakapan sudah diambil. Kertas siasatan akan dihantar ke Pejabat AGC esok untuk arahan selanjutnya,” katanya secara ringkas ketika dihubungi di sini, hari ini.

Khamis lepas, media melaporkan bahawa polis membuka kertas siasatan terhadap aktivis berkenaan selepas dia disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan di Batu Kawan, Pulau Pinang, pada Rabu berhubung video yang tersebar di aplikasi WhatsApp, memaparkan kenyataan aktivis tersebut yang didakwa berunsur hasutan serta menyentuh isu agama, kaum, dan institusi diraja (3R), selain turut melibatkan pihak keselamatan dan Perdana Menteri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, tular video berdurasi sembilan minit di laman sosial aktivis terbabit didakwa membuat kenyataan jelik terhadap seorang pendakwah bebas selain mempersoalkan tindakan polis selepas pendakwah itu dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina agama lain.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings