the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jabatan Imigresen selamatkan wanita Tanzania mangsa pemerdangan manusia

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyelamatkan seorang wanita Tanzania berusia 25 tahun dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia, selepas menyerbu sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur, dua hari lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata serbuan pada pukul 4.30 petang itu dilancarkan oleh Unit Risikan Operasi Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA Imigresen Putrajaya hasil maklumat dari Suruhanjaya Tinggi Republik Tanzania di Kuala Lumpur.

Beliau berkata wanita warganegara Tanzania itu dipercayai menjadi mangsa eksploitasi dengan dijanjikan pekerjaan oleh sindiket yang menguruskan kemasukannya ke dalam negara.

“Wanita itu dikawal oleh anggota sindiket yang juga merupakan warganegara Tanzania untuk dieksploitasi sebagai pekerja seks,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya seorang wanita Tanzania berusia 32 tahun dikenali sebagai ‘madam’ turut ditahan dalam serbuan itu kerana disyaki menyalahguna kemudahan Pas Pelajar, dan menjadi ‘ibu ayam’.

Ruslin berkata operasi itu menggunakan pendekatan siasatan awal bagi mengenal pasti mangsa pemerdagangan manusia berpandukan kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.

Sementara itu, Ruslin berkata modus operandi sindiket adalah dengan menjanjikan pekerjaan termasuk peluang untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia.

“Ahli sindiket dikesan sering berpindah-randah dari satu kediaman mewah ke kediaman mewah lain bagi mengelak kegiatan jenayah mereka dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Ruslin berkata mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan di bawah arahan perlindungan sementara Interim Protection Order (IPO) dan kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings