the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

JAIM siasat dakwaan hotel ‘mesra gay’ di Melaka tular media sosial

Exco agama Melaka arah JAIM siasat dakwaan hotel ‘mesra gay’ di negeri itu yang tular di media sosial sejak semalam

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diarah menyiasat dakwaan berkaitan sebuah hotel dipercayai ‘mesra gay’ di negeri itu, yang tular di media sosial sejak semalam.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata beliau telah mengarahkan JAIM untuk membuat siasatan terperinci berkaitan dakwaan itu.

“Saya sudah mengarahkan JAIM untuk menyiasat dakwaan itu,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung memuat naik satu hantaran di laman sosialnya berkaitan perkara itu.

“Selain ‘pet-friendly mall’, Malaysia juga memiliki ‘family friendly’, ‘child friendly’ dan yang terbaharu ‘gay friendly’ hotel di Melaka. 

“Agak kreatif penjenamaan. Label ‘Muslim friendly’ pun boleh dijadikan bisnes, apatah lagi ‘gay friendly’,” katanya.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories