the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

JAKIM salur RM150 juta naik taraf 1,250 sekolah agama rakyat

Kerajaan salur RM150 juta untuk selenggara dan naik taraf 1,250 sekolah agama rakyat dan KAFA seluruh negara tahun ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyalurkan keseluruhan peruntukan RM150 juta tahun ini untuk menyelenggara dan menaik taraf 1,250 sekolah agama rakyat (SAR) di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata daripada jumlah itu, 820 sekolah agama dan 430 premis Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menerima manfaat melalui agihan RM87.07 juta.

Manakala RM62.93 juta disalurkan kepada institusi pendidikan Islam lain yang terpilih.

“Bermula 2023 hingga 2025, Kementerian Kewangan telah menyalurkan peruntukan khas Kerajaan Persekutuan berjumlah RM370 juta kepada JAKIM,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli menjelaskan jumlah peruntukan yang disalurkan ialah RM100 juta pada 2023, RM120 juta pada 2024 dan RM150 juta pada 2025, menunjukkan peningkatan.

Beliau berkata skop bantuan merangkumi aspek keselamatan, infrastruktur, pencegahan kebakaran, pendawaian elektrik, penyelenggaraan bangunan serta sistem perpaipan.

Inisiatif ini akan diperkukuh pada tahun 2026.

Menjawab soalan tambahan mengenai mekanisme agihan seimbang, beliau berkata bantuan disalur berdasarkan keperluan institusi bukan semata-mata lokasi.

“Permohonan dibuat sendiri oleh institusi pendidikan Islam sebelum dinilai melalui peringkat jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa induk bagi memastikan ketelusan serta kesesuaian peruntukan.”

Taburan bantuan disalurkan secara seimbang berdasarkan keperluan pelbagai kategori institusi merangkumi 76 pondok swasta, 274 tahfiz swasta, 820 sekolah agama dan 430 kelas KAFA di seluruh negara.

Mengenai isu murid KAFA tidak dapat menduduki peperiksaan, Zulkifli menasihatkan pengusaha sekolah agama swasta memastikan institusi mereka berdaftar bagi menjamin kelayakan peperiksaan.

Beliau menekankan sokongan melalui peruntukan RM150 juta telah memberi manfaat meluas manakala bantuan tambahan tertakluk kepada dasar negeri. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

PM Anwar inspects ETS3 operations on KL-JB route

Prime Minister Anwar Ibrahim observed ETS3 services from Kuala Lumpur to Johor Bahru, engaging with passengers and receiving positive feedback on comfort and efficiency.
spot_img

Popular Categories