the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Jalan Tun Sardon dibuka semula malam ini selepas runtuhan cerun

Jalan Tun Sardon di George Town dibuka semula kepada lalu lintas malam ini selepas kerja pembersihan selesai akibat runtuhan cerun.

GEORGE TOWN: Jalan P14 Jalan Tun Sardon telah dibuka semula kepada lalu lintas bermula pukul 8 malam ini selepas ditutup akibat runtuhan cerun sejak petang 23 Oktober.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari menyatakan kerja membersihkan jalan termasuk pemecahan batuan serta pengalihan dahan dan pokok telah disiapkan pada pukul 5 petang tadi.

Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang telah bertungkus lumus melaksanakan tugas di tapak supaya jalan itu dapat dibuka semula dengan berbaki sedikit lagi kerja di tapak.

Bagaimanapun, kerja pemasangan kanvas bagi menutup runtuhan cerun baru mencapai 70 peratus dan masih terus dilaksanakan di tapak.

Zairil meminta pengguna jalan raya mengikut pelan pengurusan trafik di sepanjang laluan itu dan memandu dengan berhati-hati. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Gamble Tiki Burn Totally free! Report on the web Slot Video game

Set Incentives rather than Place Bonuses are two popular...

Dolphins Pearl Slot enjoy on the internet free of charge

ContentDolphin’s Pearl Casino slot games 2024 Free of charge...

Most Viewed

spot_img

Popular Categories