the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
30.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AGC tegaskan keputusan DNAA Ahmad Zahid selaras undang-undang

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Jabatan Peguam Negara menegaskan permohonan DNAA bagi kes Ahmad Zahid dibuat selaras peruntukan undang-undang dan berdasarkan keperluan siasatan lanjut

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa keputusan untuk memohon melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang.

AGC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan permohonan DNAA oleh AGC pada 4 Sept 2023 itu dibuat berdasarkan keadaan semasa pada ketika itu, termasuk keperluan untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Jabatan ini merujuk kepada laporan Free Malaysia Today (FMT) hari ini yang menyatakan bahawa satu permohonan semakan kehakiman telah difailkan di Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Sept 2023, yang melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid.

“Permohonan semakan kehakiman itu membangkitkan isu berkaitan kemajuan dan hasil siasatan yang dirujuk ketika permohonan DNAA dibuat. Jabatan ini maklum bahawa perkara ini melibatkan persoalan penting berkaitan keyakinan awam serta pentadbiran keadilan yang wajar,” menurut AGC.

Menurut AGC, memandangkan perkara tersebut kini berada di bawah pertimbangan mahkamah, jabatan berkenaan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung merit permohonan itu.

“Jabatan ini akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada proses pengadilan, menangani perkara ini melalui saluran undang-undang yang ditetapkan, serta mematuhi sebarang arahan atau keputusan mahkamah,” menurut kenyataan itu.

Pada 4 Sept 2023, Mahkamah Tinggi di sini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan prosiding terhadap beliau.

Peguam Datuk Syed Amir Syakib Arsalan Syed Ibrahim memfailkan permohonan semakan itu hari ini antara lain bagi memohon perintah mandamus mengarahkan Peguam Negara dan pendakwa raya untuk menyelesaikan siasatan dan semakan berhubung pelepasan tanpa pembebasan yang diberikan terhadap Ahmad Zahid.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand advances Net Zero 2050 through public–private “ONE MIND” collaboration TCMA launches “The NEXT...

Thailand is accelerating its Net Zero 2050 agenda through stronger public–private collaboration as TCMA launches “The NEXT Chapter,” positioning the cement industry as a climate solution partner while advancing decarbonization, sustainable construction, and low-carbon industrial development.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings