the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jawatankuasa siasat insiden di KLIA dipengerusikan peguam negara: KSN

KUALA LUMPUR: Satu Jawatankuasa Siasatan ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan insiden melibatkan seorang pegawai tinggi kerajaan dan pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari lepas.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata jawatankuasa ini yang dipengerusi Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, akan bersidang secepat mungkin bagi menyiasat insiden yang dilaporkan berlaku pada 3 Ogos lepas.

Menurutnya jawatankuasa berkenaan dianggotai Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki.

“Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengendalikan siasatan secara terperinci bagi memberi pengadilan sewajarnya kepada kedua-dua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khamis lepas, seorang pegawai Imigresen yang bertugas sebagai Ketua Operasi Imigresen di KLIA dilapor dimarahi di khalayak ramai kerana tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP sewaktu ketibaan pegawai tinggi kerajaan itu di bilik berkenaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings