the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 10, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

JBPM jalankan 898 operasi selamat, pindah mangsa banjir

JBPM laksanakan 898 operasi selamat dan pindah 4,747 mangsa banjir dari 13 Nov hingga kini, rakam enam kematian lemas sejak 1 Jan

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan 898 operasi pemindahan dan penyelamatan mangsa banjir di seluruh negara dari 13 November hingga semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata operasi itu melibatkan 4,747 mangsa yang dipindahkan atau diselamatkan melalui operasi di air, darat dan udara.

Beliau berkata dalam tempoh sama, JBPM turut melaksanakan 8,174 operasi pemantauan di lokasi seperti pantai, sungai dan kawasan banjir bagi memastikan keselamatan orang awam sepanjang Monsun Timur Laut.

“Sepanjang tempoh Monsun Timur Laut dari 13 November hingga semalam, JBPM menerima 873 panggilan kecemasan daripada orang awam yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan,” katanya.

Beliau berkata bagi negeri tanpa Pasukan Gerak Cepat seperti Kelantan dan Perlis, JBPM telah menghantar pasukan bantuan dari Kuala Lumpur, Akademi Bomba Wilayah Timur, Selangor, Kedah serta Pulau Pinang.

Ahmad Izram berkata demikian pada Program Sumbangan Kebajikan Persatuan Kebajikan JBPM dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Sinar Murni 2026 di Pejabat JBPM Terengganu.

Pada program itu, beliau menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan kepada 16 anggota bomba yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan enam kematian akibat lemas direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari hingga semalam.

“Tiga kes kematian berlaku di pantai, manakala selebihnya melibatkan sungai atau tali air (dua kes) serta air terjun (satu kes),” katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak melakukan sebarang aktiviti air sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang masih belum berakhir.

Related

spot_img

Latest

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.

Most Viewed

Gorilla Technology Provides Update on $20 Million Share Repurchase Programme

London, United Kingdom - (Newsfile Corp. - January 9, 2026) - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence and IoT technology, today provided an update on its share repurchase programme.
spot_img

Popular Categories