the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JBPM tubuh 29 Pasukan Gerak Cepat hadapi Monsun Timur Laut 2025/2026

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

JBPM tubuh 29 Pasukan Gerak Cepat bagi tindak balas pantas banjir semasa Monsun Timur Laut 2025/2026, lengkap 18 anggota setiap pasukan.

PUCHONG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menubuhkan 29 Pasukan Gerak Cepat (PGC) bagi mempercepat tindak balas terhadap banjir dan bencana lain semasa Monsun Timur Laut 2025/2026, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Nor Hisham Mohamad.

Beliau berkata pasukan khas itu berfungsi secara berasingan daripada operasi balai bomba biasa bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengurusan insiden banjir tanpa menjejaskan operasi harian seperti kebakaran dan penyelamatan lain.

“Pasukan Gerak Cepat ini sentiasa bersiap siaga untuk bertindak balas terhadap panggilan kecemasan banjir, sama ada di dalam negeri atau antara negeri. Setiap PGC terdiri daripada 18 anggota bagi memastikan tindakan pantas tanpa menjejaskan norma operasi di balai sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Media: Kesiapsiagaan Kerajaan Menghadapi MTL 2025/2026 di sini hari ini.

Sesi berkenaan turut dihadiri wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Negara dijangka mengalami Monsun Timur Laut bermula 6 Nov hingga 26 Mac 2026, dengan antara lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Nor Hisham berkata JBPM turut mengagihkan 150 bot komuniti ke seluruh negara sebagai persediaan menghadapi musim monsun, bagi membolehkan kerja pemindahan awal mangsa banjir dilaksanakan oleh komuniti setempat.

“Antara kawasan yang menerima bot komuniti ialah Kuala Lipis (Pahang), Kuala Langat, Dengkil dan Kuala Selangor. Minggu lalu, kami turut mengadakan latihan bersama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sendiri memandu bot tersebut memandangkan kawasan Dewan Undangan Negeri Jelai merupakan kawasan yang kerap dilanda banjir,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hainan Island Carnival Sends a Global Summer Invitation

HAIKOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 16 July 2026 - As midsummer arrives in the Northern Hemisphere, Hainan, China, welcomes its annual island-wide carnival. The 2026 (27th) Hainan Island Carnival will be held from July 18 to August 18, extending a vibrant summer invitation to guests from around the world.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings