the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jemaah menteri kecam pembunuhan Haniyeh, gesa siasatan segera bawa pembunuh ke muka pengadilan

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jemaah Menteri mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran hari ini, kata Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata Jemaah Menteri turut menzahirkan solidariti bersama dengan rakyat Palestin dan menggesa siasatan segera dilakukan agar pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu dibawa ke muka pengadilan.

“Jemaah Menteri turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mantan Perdana Menteri Palestin itu.

“Kerajaan Malaysia akan terus lantang menyuarakan sokongan serta bekerjasama dengan negara-negara lain dalam usaha mendesak pembebasan rakyat Palestin daripada sebarang bentuk kezaliman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Kumpulan Hamas terdahulu mengumumkan Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran, menurut laporan Agensi Anadolu (AA).

Televisyen Iran yang turut membuat liputan mengenai kematian Haniyeh, melaporkan bahawa siasatan mengenai pembunuhan itu sedang dijalankan dan keputusan akan diumumkan tidak lama lagi, namun tiada pengumuman segera dibuat oleh Israel mengenai insiden itu.

Haniyeh berada di Tehran untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu Masoud Pezeshkian, Selasa.

Susulan itu Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Hussein al-Sheikh, dan Setiausaha Agung Parti Gerakan Inisiatif Nasional Palestin (PNI) Mustafa Barghouti dengan nada sama mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings