the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johari, Brownlee bincang usaha perkukuh kerjasama Malaysia-New Zealand

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Ketua Dewan Perwakilan New Zealand Gerry Brownlee hari ini mengadakan pertemuan antara lain bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dengan New Zealand.

Dalam mesyuarat dua hala selama kira-kira 45 minit di Bangunan Parlimen di sini, kedua-dua wakil negara turut membincangkan hubungan Malaysia-New Zealand yang menyentuh peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun depan.

Selain itu, Johari berkata perkara lain yang turut dibincangkan termasuk bidang tenaga boleh baharu, keterjaminan makanan dan inovasi supaya usaha antara Malaysia dan New Zealand dapat dimanfaatkan oleh seluruh negara ASEAN.

“Banyak yang kita boleh lakukan, mereka (New Zealand) juga (mahir) dalam bidang pertanian khususnya. Kita juga berbincang tentang soal pendidikan, pelajar kita dihantar ke sana sejak tahun 1960 dan 1970 selain mereka juga menghantar pelajar ke sini.

“Jadi kita harus memperkemaskan hubungan ini supaya ia berterusan (antara kedua-dua negara),” katanya kepada pemberita selepas sesi mesyuarat di sini.

Selain itu, Johari memaklumkan beliau juga berkesempatan mengucapkan terima kasih kepada wakil New Zealand itu atas khidmat tentera negara berkenaan pada tahun 1948 hingga 1967 susulan darurat yang melanda Malaysia pada ketika itu.

“Ada 20 daripada tentera mereka telah meninggal dunia di sini masa darurat dahulu. Jadi sebagai Speaker Malaysia, saya ucapkan terima kasih kepada Speaker New Zealand bagi pihak Parlimen dan rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Brownlee mengadakan kunjungan hormat di sekitar Bangunan Parlimen Malaysia kira-kira 30 minit sebelum menghadiri mesyuarat bersama Johari.

Brownlee dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat pada Disember 2023 dengan persetujuan majoriti di seluruh Dewan, satu peranan yang beliau merasa terhormat untuk menjalankan dalam Parlimen ke-54.

“Pada penggal akhir Parlimen, Brownlee merupakan jurucakap Parti Nasional bagi Hal Ehwal Luar Negeri, GCSB, NZSIS, dan Pengurusan Kecemasan. Pada akhir tahun 2023, beliau juga mengambil peranan tambahan sebagai jurucakap bagi Pertahanan dan Hal Ehwal Veteran.”

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings