the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 14, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johnathan Wong pertahankan emas 10m air pistol di Sukan SEA 2025

Atlet menembak negara Johnathan Wong berjaya mempertahankan pingat emas acara 10 meter air pistol lelaki di Sukan SEA Thailand 2025

BANGKOK: Atlet menembak berpengalaman negara Johnathan Wong berjaya mempertahankan pingat emas acara 10 meter air pistol lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025.

Pada saingan final di Lapangan Menembak Sports Authority of Thailand, ketenangan dan konsistensi ditampilkan Johnathan membolehkan atlet Olimpik itu mengumpul keseluruhan 237.8 mata.

Kejayaan itu mengulangi pencapaiannya meraih emas pada edisi 2021 di Vietnam.

Pingat perak menjadi milik penembak Filipina Michael Angelo Fernandes yang mengumpul 236.1 mata.

Wakil Indonesia Sulthanul Aulia Maruf meraih gangsa dengan 231.1 mata.

Johnathan berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian tersebut tetapi keutamaan adalah untuk memberi motivasi kepada rakan sepasukan.

“Sudah tentu memenangi pingat sesuatu yang istimewa tetapi apa yang lebih penting pingat ini bukan untuk diri atau negara saya sahaja tetapi turut menjadi inspirasi kepada atlet lain,” katanya.

Beliau berkata barisan penembak negara mempunyai potensi besar dan sering mencatat keputusan yang baik dalam sesi latihan.

“Ia hanya perlu diterjemahkan dalam pertandingan. Saya harap dengan memenangi pingat emas hari ini, ia akan memberi insiprasi kepada mereka untuk menyerlah pada saat paling diperlukan,” kata atlet kelahiran Melaka berusia 33 tahun itu.

Emas dimenangi Johnathan merupakan emas sulung daripada kem menembak pada edisi kali ini.

Selepas ini beliau akan turun beraksi dalam acara 10m air pistol berpasukan campuran.

Sementara itu, trio Johnathan, Cheah Zen Hong dan Wan Muhammad Syafiq Wan Mustaza mengakhiri acara 10m air pistol berpasukan lelaki di kedudukan kelima.

Mereka mengumpul 1,702 mata dalam acara berpasukan itu.

Trio Indonesia merangkul emas dengan rekod temasya baharu 1,736 mata.

Perak menjadi milik Vietnam yang mengumpul 1,717 mata. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories