the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor pinda enakmen PKPJ 1976

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor meminda Enakmen Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) 1976, bagi memperkukuhkan lagi peranan agensi itu dalam tadbir urus perihal berkaitan perumahan awam, rumah mampu milik dan hartanah Bumiputera.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan negeri Mohd Jafni Md Shukor berkata tadbir urus akan lebih berkesan, bagi memberi kemudahan kepada rakyat serta pihak berkepentingan, seperti pemaju dan perunding dalam menjalankan urusan berkaitan sektor perumahan dan hartanah, di negeri itu.

Beliau berkata menerusi pindaan itu, PKPJ turut dapat memberikan khidmat perundingan kepada pemain industri dan tidak terhad kepada sektor perumahan sahaja.

“Antara objektif lain pindaan enakmen ini, ialah menghubungkan peranan PKPJ dengan agensi yang berkaitan, sebagai titik fokus melalui platform Jawatankuasa Peniliaian, Perancangan dan Pembangunan (PDRC).

“Selain itu, PKPJ turut dapat menjalankan fungsi pemantauan dengan berkesan, melalui jalinan kerjasama strategik antara agensi, serta melaksanakan tindakan punitif yang mempunyai kuasa undang-undang, sebagai langkah terakhir dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Jafni berkata pindaan itu, sekali gus memberikan impak positif kepada pemaju-pemaju perumahan yang terlibat secara langsung di dalam platform PDRC, khususnya dalam membantu mereka melalui gerak kerja yang di koordinasi antara PKPJ dan agensi teknikal.

Beliau berkata intervensi dengan pemaju itu penting, dalam memastikan sasaran 30,000 unit rumah mampu milik untuk dibina di negeri ini, menjelang 2026 tercapai.

Mohd Jafni berkata keberkesanan penyelarasan gerak kerja PDRC juga membantu kepada penyelesaian tujuh projek sakit, yang melibatkan 1,073 unit sejak 2022 sehingga sekarang.

PKPJ ditubuhkan kerajaan negeri, bagi memastikan segala dasar serta pembinaan berkaitan perumahan rakyat dapat diwujudkan dan dilaksanakan secara inklusif, terutama berkaitan pembangunan rumah mampu milik. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Security is the new market access: Kigen is leading the IoT security mandate

Kigen says cybersecurity is becoming a prerequisite for market access, highlighting how the EU Cyber Resilience Act and secure eSIM technology are reshaping IoT manufacturing through compliance, resilient connectivity, and long-term trust.

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Nexus Aesthetic Clinic to host pro bono aesthetic literacy talk for women in Singapore

Nexus Aesthetic Clinic will host a free public education talk to help women make informed decisions about medical aesthetic treatments, focusing on consultation-first assessments, patient suitability, treatment risks, and the importance of achieving natural-looking outcomes through responsible medical judgement.

Singapore Institute of Management: Student life and campus communities becoming a key deciding factor...

Singapore Institute of Management is strengthening student engagement through nearly 80 clubs and co-curricular activities, reflecting growing demand for holistic education that combines academic excellence with wellbeing, leadership, social connections, and career-ready skills.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings