the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 22, 2025
23.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

 JPJ Kedah keluarkan 4,513 saman dalam Ops Perang Zon Utara

JPJ Kedah periksa 13,902 kenderaan perdagangan, keluarkan 4,513 saman dan lucut hak tiga kenderaan dalam Ops Perang Zon Utara 2025

BALING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengeluarkan 4,513 saman hasil pemeriksaan terhadap 13,902 kenderaan perdagangan menerusi Ops Perang Zon Utara 2025 sejak Oktober lalu.

Pengarah JPJ Kedah Stien Van Lutam berkata operasi yang berterusan sehingga 31 Disember ini adalah operasi bersepadu berskala nasional bagi menangani isu ketidakpatuhan undang-undang jalan raya.

Operasi itu merupakan pengisytiharan perang terhadap sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan.

“OPS Perang Zon Utara ini membabitkan kerjasama tiga negeri, iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis dengan penugasan berfasa,” katanya.

Operasi bermula di Pulau Pinang dari 17 hingga 23 November, di Kedah dari 24 hingga 30 November serta operasi bersepadu Zon Utara pada 19 hingga 21 Disember.

Sebanyak 60 anggota penguat kuasa terlibat dalam setiap fasa operasi di semua daerah.

Daripada jumlah saman yang dikeluarkan, sebanyak 45 saman membabitkan kesalahan lebih muatan direkodkan.

Tiga saman dikeluarkan bagi kesalahan lebih muatan melebihi 50 peratus had yang dibenarkan.

Bagi kesalahan lebih muatan melebihi 50 peratus, tindakan pendakwaan akan diambil mengikut Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Hukuman berat termasuk pelucuthakan kenderaan oleh mahkamah, selain tindakan lanjut terhadap lesen dan permit pemandu serta pemilik.

“Sehingga kini, tiga kenderaan dilucut hak sepanjang operasi berkenaan, iaitu satu di Pulau Pinang dan dua di Kedah,” kata Van Lutam.

Secara keseluruhan dari Jun hingga Disember tahun ini, sebanyak enam kenderaan telah dilucut hak di Kedah.

Beliau menyeru semua pemandu kenderaan perdagangan supaya sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat.

Jumlah keseluruhan kutipan saman di Kedah sejak awal tahun hingga kini mencecah RM23.4 juta.

Daripada jumlah itu, RM20.05 juta adalah daripada kompaun manakala RM3.35 juta melalui kes mahkamah.

Related

spot_img

Latest

China set to remain Malaysia’s top trading partner for 17th year

China is poised to be Malaysia's largest trading partner for the 17th consecutive year, with bilateral investment exceeding USD 20.8 billion and a surge in tourism following a visa exemption.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories