the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPN pertimbang tawaran serah semula MyKad dwiwarganegara secara sukarela

JPN sedia pertimbang tawaran serah semula MyKad pemilik dua kewarganegara secara sukarela tanpa tindakan undang atau tangkapan.

BACHOK: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersedia untuk mempertimbangkan cadangan penyerahan semula MyKad pemilik yang mempunyai dua kewarganegaraan secara sukarela tanpa mengenakan sebarang tindakan.

Ketua Pengarah JPN Datuk Badrul Hisham Alias berkata pendekatan itu mungkin boleh dilaksanakan untuk melihat sejauh mana kesediaan pemilik kad pengenalan dwiwarganegara untuk tampil membuat pilihan kerakyatan mereka.

“Setakat ini, kita belum buat tawaran atau inisiatif ini, tetapi saya lihat perkara ini satu cadangan yang baik untuk kita melihat setakat mana sambutan yang kita akan terima melalui tawaran ini.

BACA: JPN tarik balik rayuan, status warganegara Mohd Razwil kekal

“Berkaitan hal ini, tindakan kita hanya membabitkan pelucutan satu daripada kewarganegaraan yang mereka miliki dan bukan tindakan undang-undang lain atau membabitkan sebarang tangkapan, bahkan dalam keadaan ini mereka boleh memilih kewarganegaraan yang dikehendaki dan tiada mandatori yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan kad pengenalan kepada Shaharuddin Basir, 58, yang menanti 46 tahun untuk memiliki dokumen itu, pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di Kampung Keting, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata kerajaan tidak mengiktiraf pemilikan lebih daripada satu kewarganegaraan dan tindakan pelucutan terhadap status warganegara boleh diambil sekiranya terbukti bersalah.

Beliau, bagaimanapun berkata JPN tidak mempunyai rekod atau maklumat tentang mereka yang mempunyai dua warganegara, namun pihaknya boleh mengambil tindakan jika menerima aduan berdasarkan peruntukan Perkara 24(1) dan 24(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Pelucutan kewarganegaraan ini satu proses yang agak sukar ditentukan kerana perlu melalui satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh hakim yang dilantik dan tindakan diambil selepas didapati bersalah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengadakan perbincangan berhubung pemilikan dua kewarganegaraan dengan kerajaan Thailand pada hujung tahun lepas berikutan pengukuhan kawalan sempadan negara.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri menegaskan dasar kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf pemilikan lebih daripada satu kewarganegaraan, dengan tindakan pelucutan terhadap status warganegara boleh diambil sekiranya terbukti bersalah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan pelucutan status warganegara boleh diambil berdasarkan peruntukan Perkara 24(1) dan 24(2) Perlembagaan Persekutuan, bergantung pada dua kategori kesalahan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings