the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jumlah mangsa banjir di Kelantan kekal, Pahang menurun – NADMA

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan tidak berubah setakat 12 tengah hari tadi, melibatkan 26 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mangsa di Pahang pula menurun kepada tujuh orang daripada dua keluarga, berbanding 10 mangsa daripada tiga keluarga yang berada di PPS Temerloh pada sebelah pagi.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati dua sungai berada pada paras bahaya melibatkan Sungai Pulai di Johor Bahru, Johor dan Sungai Arau, Perlis.

Laporan itu turut memaklumkan beberapa jalan ditutup akibat banjir, cerun runtuh dan kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang – Gerik – Jeli dan Jalan Kota Tinggi – Kluang di Johor.

Dalam pada itu, Kementerian Kerja Raya dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan setakat 10 pagi, 18 lokasi bencana dikesan melibatkan enam jalan Persekutuan dan 12 jalan negeri.

Daripada jumlah itu, bencana yang direkodkan melibatkan banjir di enam lokasi, cerun runtuh (lima), jalan runtuh (empat), jambatan rosak atau runtuh (tiga).

Negeri yang terlibat dengan bencana itu ialah Pahang membabitkan tiga daerah, dua daerah masing-masing di Kelantan, Perak dan Kedah serta satu daerah dilaporkan di Terengganu dan juga Selangor.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings