the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
24.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Jurujual lelaki didakwa berpakaian, berkelakuan seperti wanita di KTCC

Seorang jurujual lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah atas tuduhan berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di Kuala Terengganu City Centre.

KUALA TERENGGANU: Seorang jurujual lelaki sebuah kedai permainan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan berpakaian dan berkelakuan seperti wanita.

Mohd Lukman Mohamad Aluddin, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie Hamidi Shafie.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kuala Terengganu City Centre pada 12 Mei tahun lepas.

Tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua dan berikutnya, tertuduh berdepan hukuman maksimum enam sebatan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, dan denda RM5,000.

Mahkamah membenarkan Mohd Lukman diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin.

Mahkamah menetapkan 10 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories