the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kaamatan dan Gawai perkukuh semangat serumpun Sabah Sarawak

PENAMPANG: Pesta Kaamatan dan Hari Gawai berperanan sebagai wahana mengukuhkan semangat serumpun antara rakyat Sabah dan Sarawak yang berkongsi jati diri Borneo, bukan sekadar simbol kesyukuran atas hasil tuaian.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata hubungan erat antara kedua-dua negeri perlu terus dipelihara sebagai landasan memupuk perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia Timur.

“Sabah dan Sarawak bukan sahaja berkongsi sempadan, tetapi juga berkongsi jati diri Borneo yang kaya dengan budaya, adat dan tradisi. Hubungan ini harus kita perkukuh demi kemajuan dan kesejahteraan bersama,” katanya pada Majlis Makan Malam Gala Kaamatan-Gawai 2025 di sini malam ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Hajiji berkata kerajaan negeri menyambut baik kerjasama rapat dengan Kerajaan Sarawak dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan, pelaburan dan pertukaran budaya, khususnya membabitkan penyertaan generasi muda.

Beliau turut menegaskan perpaduan dan toleransi antara kaum dan agama adalah kekuatan utama negara yang sukar ditemui di negara lain pada masa kini.

“Perpaduan kaum perlu dipertingkat supaya generasi akan datang memahami bahawa Malaysia ialah negara untuk semua rakyat tanpa mengira latar belakang,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Vantage Data Centers appoints Fitri Abdullah as country managing director to accelerate growth in Malaysia

Vantage Data Centers has named Fitri Abdullah as country managing director for Malaysia to oversee growth initiatives and support the expansion of hyperscale data center campuses across Kuala Lumpur and Johor.
spot_img

Popular Categories