the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak, dua remaja perempuan hilang dari pusat jagaan anak yatim

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak dan dua remaja perempuan dari sebuah pusat jagaan anak-anak yatim milik badan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Pilah di sini dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan mereka yang berusia antara 11 hingga 14 tahun itu daripada pengurusan pusat jagaan terbabit kira-kira 10.30 malam, hari yang sama.

“Siasatan mendapati mereka merupakan anak kelahiran negeri ini. Usaha mengesan kesemuanya sedang giat dijalankan manakala butiran mereka turut didaftarkan dalam Sistem Nur Alert.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan waris telah dimaklumkan tentang perkara ini dan semua maklumat berkaitan sedang dikumpul bagi mengenal pasti punca mereka melarikan diri dari asrama selain tempat yang berkemungkinan dikunjungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata kes disiasat di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP) Orang Hilang manakala orang ramai diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Ruzaidi Ismail menerusi talian 012-3648589 sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak serta dua remaja terbabit.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings