the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak lelaki 11 tahun ditemukan lemas di Sungai Kelantan – Bomba

TUMPAT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di Sungai Kelantan, Pasir Pekan, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata mayat mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan terapung pada 12 tengah hari tadi.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Aqil Rifqi Mohd Mazri.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat telah dikerahkan ke lokasi kejadian di Jeti Pokdin untuk kerja-kerja menyelamat namun kanak-kanak itu telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Tumpat bagi bedah siasat.

Bernama difahamkan mangsa dikatakan pergi ke kawasan itu untuk mandi bersama dua rakannya pagi semalam namun telah tenggelam dan hilang.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira 100 meter dari tempat dia dikatakan tenggelam oleh seorang pemandu bot yang melalui kawasan itu hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aberdeen Technical School “ATS Robot” Wins 1st Runner-Up at Robofest World Championship

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - The robotics team from Aberdeen Technical School (ATS), ATS Robot, has shone brightly on the academic innovation and technology stage in recent years.

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings