the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak lima tahun maut motosikal masuk parit

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut apabila motosikal dinaiki bersama tiga individu lain terbabas ke dalam parit selepas dipercayai dilanggar sebuah kereta di Jalan Alor Pongsu, Kampung Matang Jelutong dekat Bagan Serai malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 9.41 malam.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki telah melanggar belakang motosikal ditunggang seorang wanita berusia 32 tahun berserta tiga pemboncengnya menyebabkan motosikal itu terbabas memasuki parit,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati tiga mangsa telah dibawa oleh ambulans ke Hospital Parit Buntar, manakala wanita berkenaan dibawa oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke hospital sama.

“Kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia di hospital manakala seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun cedera,“ katanya.

Sabarodzi berkata operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada 10.10 malam.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings