the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam gagalkan aktiviti penyeludupan hampir RM40 juta

SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Tengah, Unit II (Selangor) menggagalkan aktiviti penyeludupan rokok putih, minuman keras dan daging haiwan sejuk beku bernilai RM38.58 juta termasuk duti serta cukai menerusi beberapa siri serbuan baru-baru ini.

Penolong Ketua Pengarahnya Mohammad Sabri Saad berkata kejayaan melumpuhkan aktiviti penyeludupan itu membabitkan beberapa lokasi di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

“Keseluruhan rampasan melibatkan anggaran nilai sebanyak RM5,002,565.60 serta duti atau cukai sebanyak RM33,587,357.90,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bagi kes rokok putih, pihaknya telah menyerbu dua lokasi iaitu di Pelabuhan Klang, Selangor dan Taman Ideal Township, Seremban serta hasil serbuan tersebut sebanyak 42,060,000 batang rokok dirampas bernilai RM3,364,800 dan jumlah duti atau cukai sebanyak RM28,733,520.

“Kes pertama pada 14 dan 28 Julai membabitkan empat kontena di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang yang dikesan melalui mesin pengimbas. Hasil pemeriksaan mendapati kontena itu bermuatan rokok putih yang disyaki tidak mempunyai lesen import sah semasa dagangan diimport.

“Kes kedua pada 8 Ogos, berdasarkan maklumat awam, pasukan menahan sebuah lori jenis rigid yang diparkir kerana disyaki memuatkan barang larangan dan hasil pemeriksaan fizikal ke atas lori itu mendapati, terdapat sejumlah rokok putih disyaki barang larangan,“ katanya.

Bagi minuman keras, beliau berkata sebanyak 113,698.92 liter dirampas dengan nilai RM941,265.60 dan jumlah duti atau cukai sebanyak RM4,853,837.90.

Mohammad Sabri berkata bagi kes daging sejuk beku, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah treler 40 kaki yang ditinggalkan di Kawasan Perindustrian PKNS Pandamaran, dekat sini dan sebanyak 27,860 kilogram dan bernilai RM696,500 dirampas.

“Hasil pemeriksaan fizikal mendapati, lori tersebut bermuatan paru-paru lembu sejuk beku dan tanpa dokumen import sah,“ katanya.

Beliau berkata pihaknya kini sedang menyiasat kes terbabit di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

SIM Highlights the Importance of Strong Personal Statements in University Applications

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - In today's competitive education landscape, students are increasingly expected to do more than simply meet academic admission requirements.

Deluxe Systems Crowned “Best Showroom in Singapore” at Tatler Awards: A New Era of...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire – 22 June 2026 - Rewriting the rules of luxury retail in Southeast Asia, Deluxe Systems has triumphed at the prestigious Tatler Homes Design Awards 2026, winning the highly coveted title of "Best Showroom in Singapore" just six months after its official opening.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings