the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kawalan, pemantauan 151 pos PGA ditingkatkan untuk kekang penularan mpox – KPN

KUALA KRAI: Pasukan Gerakan Am (PGA) negara diarah meningkatkan kawalan di semua 151 pos keselamatan di bawah kendalian mereka dalam usaha mengekang penularan penyakit cacar monyet atau dikenali sebagai mpox ke dalam negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata ketika ini empat pintu masuk utama negara yang dikawal rapi bagi tujuan mengekang penularan jangkitan penyakit itu terdiri daripada Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor.

“Sekarang ini apa yang merisaukan kita ialah jalan-jalan tikus yang dilalui mereka (individu yang dijangkiti wabak mpox) masuk ke negara ini dan menyebarkan penyakit itu, dan kerana itulah kawalan di pos-pos PGA perlu ditingkatkan,” katanya dalam sidang media selepas program pelancaran Kampung Angkat MADANI di Kampung Jenal, Dabong, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PGA terlibat dengan penugasan mengekang wabak berkenaan di sempadan Malaysia-Thailand.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun berikutan wabak itu di Republik Demokratik Congo dikesan telah merebak ke negara jiran.

Sementara itu Razarudin berkata penyebaran ajaran sesat Millah Abraham dalam negara ketika ini dilihat terkawal, namun polis bersama dengan jabatan agama Islam di negeri-negeri, tetap memantau dengan rapi perkembangannya.

“Kita dapati ajaran Millah Abraham ini mempunyai pengikut dianggar 5,000 orang dan peningkatan jumlah pengikutnya dilihat ketara semasa tempoh pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) beberapa tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata dalam tempoh PKP, semasa orang ramai tidak boleh keluar rumah, penyebar ajaran ini mengambil kesempatan menggunakan media sosial untuk mengembangkan ideologi mereka.

“Kita tahu bahawa ajaran ekstremisme berkenaan diasaskan oleh seorang guru dari Indonesia iaitu Ahmad Musadeq pada tahun 2012 yang mula menyebarkan ideologi sesat itu,” katanya.

Pada 6 Ogos lepas 14 individu yang juga disyaki pengikut ajaran sesat Millah Abraham dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat atas pertuduhan mengingkari pihak berkuasa agama dan memiliki bahan penerbitan agama bertentangan hukum syarak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings