the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KDN masih kumpul maklumat dakwaan kultus Korea Selatan beroperasi

Menteri Saifuddin Nasution belum boleh ulas dakwaan kewujudan kultus Korea Selatan di Malaysia kerana siasatan dan pengumpulan maklumat masih berjalan

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau masih dalam proses mengumpul maklumat berhubung dakwaan kewujudan satu kultus dari Korea Selatan yang didakwa beroperasi di negara ini.

Menjawab pertanyaan wartawan sama ada telah menerima sebarang maklumat berkaitan perkara itu daripada Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Saifuddin Nasution berkata buat masa ini beliau belum dapat mengulas lanjut kerana siasatan dan pengumpulan maklumat masih dijalankan.

“Saya masih mengumpul maklumat lagi,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan dan Sumbangan Bantuan Kembali Ke Sekolah anjuran Puspanita Cawangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan  Menteri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Penaung Puspanita KDN yang juga isteri kepada Saifuddin Nasution, Datuk Norhayati Musa.

Saifuddin Nasution berkata majlis tersebut merupakan program pertama Puspanita Cawangan KDN bagi tahun ini, melibatkan lebih 300 penerima terdiri daripada anak-anak petugas KDN serta pelbagai agensi dan jabatan di bawah kementerian itu.

Beliau berkata penganjuran program berkenaan turut mendapat sokongan daripada beberapa syarikat swasta.

“Tujuan program ini untuk membantu meringankan perbelanjaan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan memandangkan sesi persekolahan akan bermula minggu depan. Sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung keluarga terlibat,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu dimulakan di peringkat KDN dengan mengenal pasti penerima dalam kalangan anak-anak warga KDN, sebelum diperluaskan menerusi pelbagai program lain pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata kerajaan turut memainkan peranan penting melalui pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peruntukan RM800 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan, dengan setiap pelajar daripada Darjah Satu hingga Tingkatan Enam menerima RM150 yang akan disalurkan melalui sekolah masing-masing.

“Gabungan peruntukan kerajaan, inisiatif badan seperti Puspanita serta sokongan syarikat swasta merupakan satu usaha yang baik dan wajar diteruskan,” katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana usaha sebegini hanya dapat dilaksanakan dalam keadaan negara yang stabil dari segi politik dan makmur dari sudut ekonomi, sekali gus memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings