the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 11, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kebakaran bilik fail klinik Kuala Besut berjaya dikawal

Tindakan pantas petugas klinik dan bomba berjaya mengawal kebakaran di bilik simpan fail Klinik Kesihatan Kuala Besut, mengelakkan kerosakan lebih teruk.

KUALA BESUT: Tindakan pantas petugas Klinik Kesihatan Kuala Besut berjaya mengawal kebakaran di bilik penyimpanan fail klinik itu pada petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, petugas klinik telah menggunakan alat pemadam api sebagai langkah awal sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Tindakan pantas itu berjaya mengawal api daripada terus merebak ke bahagian lain yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.44 petang dan menghantar lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi.

Mereka mendapati 80 peratus bilik simpanan fail seluas 93 kaki persegi di klinik kekal itu telah terbakar.

Operasi pemadaman dan pencegahan berjaya diselesaikan sepenuhnya pada pukul 8.17 malam.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories