the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebakaran stor minyak enjin: Tiada bacaan Ammonia dikesan di lokasi pemantauan pagi ini

JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor tidak mengesan sebarang bacaan bagi parameter ammonia di semua lokasi pemantauan sekitar kawasan kebakaran stor penyimpanan lori dan minyak enjin di Jalan Cenderai 27, Taman Kota Puteri, Masai di sini pagi tadi.

Pengarah JAS Johor Dr Mohd Famey Yusoff berkata lokasi itu termasuk pos kawalan bomba yang mencatatkan bacaan ammonia tidak berbahaya pada pemantauan yang dilakukan malam tadi.

Beliau berkata pemantauan yang bermula 10 pagi tadi turut membabitkan Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri, Makmur Maju Logistic Sdn Bhd dan Jalan Cenderai 27 di sini.

“Hasil pemantauan kualiti udara di semua lokasi berhampiran kawasan kebakaran, (juga mendapati) tiada sebarang bacaan bagi parameter gas dan Volatile Organic Compound (VOC) dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Komander Operasi Kanan, Ketua Zon 1 Johor Penguasa Kanan Bomba I Zaipulbahri Mat Rusok dilapor berkata operasi pemadaman di Divisyen 1 susulan kebakaran di stor penyimpanan itu selesai 4 pagi tadi

Beliau bagaimanapun berkata kerja pemadaman di Divisyen 2 di lokasi kejadian masih diteruskan kerana menghadapi kesukaran berikutan halangan tong minyak yang besar dan banyak, sekali gus menyukarkan akses anggota bomba membuat pemadaman.

Sebanyak lima premis terbakar dalam kejadian melibatkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi itu termasuk 15 kenderaan turut musnah.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.54 tengah hari dan sebanyak 34 anggota serta aset daripada beberapa balai bomba termasuk pasukan sukarela dikejarkan ke lokasi kejadian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

SIM Highlights the Importance of Strong Personal Statements in University Applications

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - In today's competitive education landscape, students are increasingly expected to do more than simply meet academic admission requirements.

Deluxe Systems Crowned “Best Showroom in Singapore” at Tatler Awards: A New Era of...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire – 22 June 2026 - Rewriting the rules of luxury retail in Southeast Asia, Deluxe Systems has triumphed at the prestigious Tatler Homes Design Awards 2026, winning the highly coveted title of "Best Showroom in Singapore" just six months after its official opening.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings