the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 30, 2026
24 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan bina tamu desa perkasa PMKS di Sabah

Projek tamu desa di Sabah bukti komitmen kerajaan perkasa PMKS peringkat kampung, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick.

KOTA KINABALU: Pembinaan premis tamu desa menjadi manifestasi komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di peringkat kampung di seluruh Sabah.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick berkata antara kemudahan yang dibangunkan termasuk di Tamu Desa Kampung Ramayah, Penampang.

Projek itu adalah hasil pelaksanaan Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP) tahun lepas.

“Tamu desa ini adalah antara kemudahan dipohon oleh pemimpin kampung semasa saya menerajui KUSKOP,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata tamu di kampung itu diadakan setiap hari Sabtu.

Ia dikendalikan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga (KRT) Kampung Ramayah dan telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan kecil tempatan.

“Perkembangan ini membuktikan kemudahan disediakan kerajaan selaras dengan keperluan sebenar usahawan mikro dan kecil di peringkat kampung,” katanya.

Ewon berkata keutamaan kementeriannya adalah memperkasa PMKS sebagai antara pemacu utama ekonomi negeri.

Portfolio pengangkutan di bawah kementeriannya memberi tumpuan kepada aspek logistik.

Ia melibatkan tiga agensi yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah.

Agensi-agensi tersebut ialah Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Jabatan Kereta Api Negeri Sabah dan Jabatan Dermaga Sabah.

Related

spot_img

Latest

World No. 1 Tennis Aryna Sabalenka Shines With The Multifaceted Brilliance Of A Natural Diamond

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - World No. 1 women's tennis player Aryna Sabalenka appears on Tatler's January double cover in a new light, stepping away from her fierce, decisive on‑court persona to reveal a composed, elegant side.

Redefining deep relaxation for every generation

Local health technology leader Gintell continues to champion healthier living through innovation with the launch of its latest massage chair series, featuring the advanced 8 Hands Twin Rollers massage technology.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories