the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, November 27, 2025
22.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan cadang naik taraf status pelajar Tingkatan Enam setaraf matrikulasi

PM Anwar umum cadangan naik taraf status pelajar Tingkatan Enam setaraf matrikulasi, termasuk elaun sama dan kolej baru di Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan bercadang menaik taraf status pelajar Tingkatan Enam supaya setaraf dengan pelajar program matrikulasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usul berkenaan telah dikemukakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

“Dulu, Tingkatan Enam dianggap sebahagian daripada sekolah (manakala) matrikulasi atau asasi lain, ada elaun. Oleh itu, status pelajar Tingkatan Enam ini mesti sama dengan matrikulasi,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa apa sahaja yang diberikan untuk pelajar matrikulasi harus sama dengan pelajar Tingkatan Enam.

Anwar berkata demikian pada sesi dialog awam Program PMX Sayang Sabah Bersama Anak Muda Inanam di sini hari ini.

Perdana Menteri turut mengumumkan rancangan kerajaan untuk menubuhkan sebuah Kolej Tingkatan Enam di Sabah dengan kemudahan asrama pelajar.

Dalam Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Fadhlina memaklumkan Kementerian Pendidikan sedang meneliti potensi menjadikan Keningau sebagai hab pendidikan.

Kerajaan juga mempertimbangkan penubuhan sebuah Kolej Tingkatan Enam di daerah Keningau.

Langkah ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperluas peluang pembelajaran pascamenengah kepada pelajar luar bandar.

Anwar menekankan semua pembangunan termasuk menaik taraf sekolah daif di Sabah adalah hasil kerjasama baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah.

Beliau berkata generasi muda Sabah perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memajukan diri, keluarga, negeri dan negara. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Global Data Ecosystem Conference Showcases Cutting-Edge Digital Development in Shanghai

SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 27 November 2025 - The Global Data Ecosystem Conference kicked off in Shanghai on Nov. 25, highlighting the latest innovations in data flow and digital technology that are transforming data-driven ideas into real-world business solutions.
spot_img

Popular Categories