the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 23, 2026
19.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan kaji kemungkinan haramkan Roblox dan UMI

Kerajaan sedang meneliti kemungkinan mengharamkan Roblox dan UMI susulan kebimbangan keselamatan dan kandungan mempengaruhi golongan muda.

KUCHING: Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk mengharamkan aplikasi permainan dalam talian popular Roblox dan UMI susulan kebimbangan mengenai keselamatan dan kandungan yang mempengaruhi golongan muda.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan keputusan muktamad akan mengambil kira langkah bakal diambil oleh Australia.

Australia merancang melaksanakan peraturan baharu terhadap Roblox pada Disember ini menurut kenyataan beliau.

BACA: Abang disyaki kelar adik di Parit Raja akibat marah hilang point Roblox

“Kita masih menunggu dan melihat bagaimana Australia melaksanakan peraturan itu kerana mereka sedang merancang tetapi belum melaksanakannya.

“Malaysia akan menilai sama ada pendekatan itu sesuai dengan keadaan dan budaya tempatan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara di sini.

Beliau mengulas mengenai kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera parah akibat dikelar abangnya berusia sembilan tahun dengan objek tajam di Kampung Parit Nipah, Parit Raja, Batu Pahat pada Isnin lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata motif masih dalam siasatan tetapi siasatan awal mendapati abang mangsa berkemungkinan mencederakan adiknya selepas permainan Roblox terganggu.

BACA: Kerajaan teliti mekanisme kawal selia permainan video dalam talian

Siasatan awal juga mendapati semua ‘point’ yang dikumpul abang mangsa dalam permainan Roblox hilang menurut laporan media.

Sementara itu kerajaan Australia sedang meneliti sekatan penggunaan Roblox bagi pengguna berusia 16 tahun ke bawah atas kebimbangan platform tersebut memberi pengaruh negatif.

Platform Roblox juga dikaitkan dengan beberapa insiden yang mencetuskan perhatian masyarakat antarabangsa menurut kenyataan menteri.

Menurut Nancy pelaksanaan dasar di Australia akan dipantau terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan rasmi mengenai aplikasi tersebut.

“Memang benar perkembangan teknologi seperti ini ada pengaruhnya terhadap kes-kes yang berlaku.

“Sebab itu kita perlu berhati-hati dan belajar daripada negara lain sebelum membuat keputusan,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Myanmar man jailed 13 years for running fake passport syndicate

A Myanmar national was sentenced to 13 years and seven months in jail for possessing forged passports and UNHCR cards, highlighting a crackdown on document forgery syndicates.

FMOS resolves over 2,200 financial disputes, saving consumers RM1.24 million

Financial Markets Ombudsman Service has resolved 2,268 complaints since its launch, including 83 health insurance cases that saved consumers an estimated RM1.24 million in potential legal costs.

Most Viewed

St. George’s University Break Downs UK’s General Medical Council Process for Aspiring South Korean Physicians

SEOUL, SOUTH KOREA - Media OutReach Newswire - 22 January 2026 - As competition for medical school places in the UK continues to rise, with more than 25,700 applicants for Medicine programs in 2025, St. George’s University (SGU) School of Medicine in Grenada, West Indies, outlines the key pathways and General Medical Council (GMC) requirements for South Korean students aiming to study medicine and practice in the UK.

AMS Advanced Material sets stage for IPO after ACE Market approval

The Penang-based aluminium specialist will launch an IPO of 160 million shares, representing about 26% of its enlarged share capital, following approval for its ACE Market listing.
spot_img

Popular Categories