the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 10, 2026
33.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lagi pegawai kanan ATM bergelar ‘Datuk’ dijangka didakwa minggu depan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Ketua SPRM Azam Baki berkata dua lagi pegawai kanan ATM bergelar ‘Datuk’ dijangka didakwa minggu depan, tertakluk kepada persetujuan Peguam Negara.

KOTA BHARU: Dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bergelar ‘Datuk’ dijangka didakwa berkaitan rasuah minggu depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pertuduhan itu tertakluk kepada persetujuan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.

“Sekiranya Peguam Negara bersetuju, kita akan tuduh lagi dua individu. Namun setakat ini, keputusan daripada Peguam Negara masih belum diperoleh,” katanya.

Beliau berkata SPRM telah mencadangkan pertuduhan terhadap dua lagi pegawai kanan ATM dengan memberi keutamaan kepada pegawai berpangkat tertinggi terlebih dahulu.

Azam menjangkakan keputusan daripada Peguam Negara akan diperoleh dalam tempoh terdekat memandangkan kes berkenaan adalah besar.

Hari ini, bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram lebih RM2.12 juta.

Muhammad Hafizuddeain, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Menerusi Ops Parasit, SPRM pada 7 Jan lepas menahan seorang pegawai tinggi bersama dua isterinya berkaitan projek perolehan tender Tentera Darat.

Keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.

Siasatan SPRM berkaitan kes itu bermula sejak 7 Okt 2025 dan disifatkan sebagai sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi.

Pada 23 Dis 2025, sepasukan pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan untuk memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023.

Sementara itu pada Khamis lepas, media melaporkan 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM ditahan SPRM.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan isu perolehan serta penggunaan dana awam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Give PH a chance, Hannah urges Pekan Nanas voters

'(PH candidate for the Pekan Nanas state seat) Yeo Tung Siong is an experienced candidate who understands the appropriate channels and agencies to engage in resolving the people's issues.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings