the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 14, 2026
20.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan kekalkan kuota subsidi minyak nelayan 70 juta liter sebulan

Kerajaan kekalkan kuota subsidi diesel dan petrol nelayan 70 juta liter sebulan sehingga Jun 2026 bagi sokong hasil tangkapan dan elak ketirisan.

PUCHONG: Kerajaan bersetuju mengekalkan kuota Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan sebanyak 70 juta liter sebulan bagi tempoh Januari hingga Jun 2026.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Isham Ishak berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pengurusan subsidi minyak untuk nelayan di kementeriannya.

Beliau berkata pengekalan kuota itu memastikan kerajaan terus menyokong para nelayan menghadapi cabaran.

Isham berkata data sistem e-Nelayan dan e-Pendaratan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia menunjukkan setiap liter diesel bersubsidi mampu mendaratkan hampir 0.9 kilogram ikan.

Setiap ringgit subsidi petrol pula menghasilkan kira-kira dua kilogram ikan sekali gus menunjukkan impak langsung bantuan itu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani ‘Integrity Pact’ bagi pembekal, pemborong dan peruncit skim itu di Ibu Pejabat LKIM.

Isham berkata dari Januari hingga Oktober tahun ini, 532 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM665 juta telah diagihkan kepada 10,330 pemilik vesel.

Pada tahun lepas sebanyak 688 juta liter dengan nilai lebih RM1.06 bilion telah disalurkan kepada nelayan.

Beliau menekankan pengurusan penyaluran subsidi memerlukan kerjasama semua pihak bagi memastikan tidak berlaku ketirisan.

Pada majlis itu, Isham menyaksikan penandatanganan ikrar integriti oleh wakil lima syarikat pembekal minyak bersubsidi.

Syarikat itu ialah Petronas Dagangan Bhd, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Chevron Malaysia Sdn Bhd, Petron Malaysia Refining & Marketing Sdn Bhd dan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd.

Tiga pemborong yang menguruskan tempahan minyak bersubsidi turut menandatangani ikrar berkenaan.

Mereka ialah Persatuan Nelayan Kebangsaan, Persatuan Nelayan Negeri Sarawak dan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah.

Turut hadir Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil dan Ketua Pengarah LKIM Hamdan Mamat.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Beyond Benih boosts food security for 155,000 B40 communities, set for expansion in 2026

British American Tobacco (Malaysia) Bhd’s Beyond Benih program has benefitted around 155,000 B40 community members since its launch in 2022 by improving access to affordable, fresh produce through community-led farm gardens. The initiative was set to expand further and reach up to 250,000 beneficiaries by 2026.
spot_img

Popular Categories