the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan MADANI utamakan kos sara hidup, kemudahan berniaga pada 2026

Kerajaan MADANI fokus tangani kos sara hidup dan permudah urusan perniagaan pada 2026, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil

BANGI: Menangani kos sara hidup dan mempermudah urusan perniagaan adalah antara keutamaan Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu menjadi fokus utama dalam program Permukiman Kerajaan MADANI 2026.

“Isu yang dihadapi oleh rakyat terutama kos sara hidup atau the ease of doing business, ini menjadi satu keutamaan,” katanya selepas program permukiman di sini.

Program itu dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, barisan Jemaah Menteri dan pimpinan kerajaan negeri.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata komunikasi berkesan penting untuk manfaatkan kestabilan yang dicapai.

Beliau merujuk kepada kedudukan ringgit yang kukuh, peningkatan pelaburan dan kadar pengangguran terendah dalam 14 tahun.

“Kerajaan MADANI pimpinan Anwar, turut membuktikan negara berada pada landasan yang betul,” katanya.

Fahmi berkata kehadiran ketua kerajaan negeri mencerminkan kesepaduan antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

“Ini adalah satu signal yang amat penting, membuktikan kesepaduan Kerajaan Perpaduan di seluruh negara,” ujarnya.

Perdana Menteri mahu hasil perbincangan permukiman itu diterjemahkan kepada pelaksanaan program tahun ini.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories